Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 59 on Thu Sep 14, 2017 11:03 am
Shopmotion


October 2017
MonTueWedThuFriSatSun
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Calendar Calendar


Ketahuilah 10 fakta-fakta asas tentang HIV/AIDS

View previous topic View next topic Go down

Ketahuilah 10 fakta-fakta asas tentang HIV/AIDS

Post by xharrie on Sun May 31, 2009 2:51 am

1. AIDS disebabkan oleh HIV.
AIDS disebabkan oleh HIV, iaitu virus “human immunodeficiency”, yang merosakkan sistem pertahanan badan. Mereka yang mempunyai AIDS akan menjadi lemah disebabkan oleh badan mereka telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis penyakit. Mereka akhirnya akan meninggal dunia. Tiada penawar bagi HIV.

2. Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun
.
Bermulanya AIDS boleh mengambil masa sehingga sepuluh tahun daripada jangkitan pertama virus HIV. Oleh itu seseorang yang telah dijangkiti HIV mungkin akan kelihatan dan rasa sihat untuk beberapa tahun, tetapi dia masih
boleh menjangkiti orang lain dengan virus tersebut. Ubat-ubatan yang terbaru boleh membantu seseorang itu kekal hidup dengan sihat untuk jangkamasa yang lebih lama, tetapi dia masih mempunyai HIV dan masih boleh menjangkiti orang lain.

3. HIV dipindahkan melalui cecair badan yang telah dijangkiti HIV.

HIV dipindahkan melalui pertukaran mana-mana cecair badan yang telah dijangkiti oleh HIV. Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana peringkat jangkitan/penyakit. Virus HIV boleh didapati pada cecair-cecair berikut: darah, air mani (dan cecair sebelum ejakulasi), cecair faraj, dan susu ibu.

4. HIV selalunya dijangkiti melalui hubungan seks.

HIV selalunya dijangkiti melalui seks dengan pasangan yang positif HIV. Ini disebabkan oleh cecair yang bercampur dan virus boleh bertukar, terutama sekali apabila terdapat luka pada tisu-tisu faraj, kecederaan atau jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI). Budak perempuan adalah lebih terdedah kepada jangkitan HIV kerana selaput membran faraj mereka lebih nipis dan lebih senang untuk dijangkiti dibandingkan dengan wanita-wanita dewasa.

5. Mereka yang mempunyai jangkitan-jangkitan yang didapati melalui seks (STI) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan HIV.

Mereka yang mempunyai STI adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV dan menjangkiti orang lain. Mereka yang mempunyai STI patut mendapatkan rawatan secepat yang mungkin dan mengelakkan hubungan seks atau mengamalkan seks selamat (seks tanpa penembusan atau seks menggunakan kondom), dan memberitahu pasangan-pasangan mereka.

6. Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan.
Risiko terhadap jangkitan HIV melalui seks boleh dikurangkan sekiranya mereka tidak melakukan seks, sekiranya pasangan mereka yang tidak dijangkiti hanya melakukan seks dengan satu sama lain sahaja dengan cara seks selamat – seks tanpa penembusan atau menggunakan kondom. Hanya ada satu cara sahaja untuk memastikan pencegahan HIV melalui seks ialah dengan tidak melakukan seks langsung.

7. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti dengan HIV.

HIV juga boleh dijangkiti apabila kulit tercedera atau dicucuk menggunakan jarum yang tidak steril picagari, pisau lipat, pisau atau lain-lain alat. Mereka yang menyuntik diri sendiri dengan dadah atau melakukan seks dengan pengguna-pengguna dadah adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV. Lebih-lebih lagi, penggunaan dadah mengganggu
pemikiran seseorang itu dan boleh membawa kepada kelakuan seksual yang berisiko, seperti tidak menggunakan kondom.

8. Hubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian.

Sesiapa yang mensyaki yang mereka mungkin telah dijangkiti HIV patut menghubungi pegawai kesihatan atau pusat HIV/AIDS untuk mendapatkan kaunseling dan ujian secara sulit. Ia adalah hak anda.

9. HIV tidak boleh dijangkiti melalui sentuhan.

HIV tidak boleh dijangkiti melalui: pelukan, berjabat tangan; hubungan yang biasa setiap hari; menggunakan kolam renang, tempat duduk tandas;berkongsi kain alas katil, peralatan makanan, makanan; nyamuk dan lain-lain gigitan serangga; batuk, bersin.

10. Semua orang berhak untuk mendapatkan belas kasihan dan sokongan.

Mendiskriminasi terhadap mereka yang telah dijangkiti HIV atau sesiapa sahaja yang difikirkan mempunyai risiko untuk mendapat jangkitan telah melanggar hak-hak kemanusiaan dan juga membahayakan kesihatan umum. Semua orang
yang dijangkiti dengan atau menghadapi kesan HIV dan AIDS berhak mendapatkan belas kasihan dan sokongan

xharrie

Posts : 3
Points : 7
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

Re: Ketahuilah 10 fakta-fakta asas tentang HIV/AIDS

Post by SimpodonVilla on Tue Jul 20, 2010 3:49 pm

mbuat oral sex dengan pesakit HIV boleh kena HIV ka?
avatar
SimpodonVilla

Posts : 12
Points : 12
Join date : 2010-07-20
Age : 97

Back to top Go down

Re: Ketahuilah 10 fakta-fakta asas tentang HIV/AIDS

Post by xharrie on Wed Jul 21, 2010 12:24 am

hmmm .. itu cari nahas sudah.

xharrie

Posts : 3
Points : 7
Join date : 2009-05-30

Back to top Go down

Re: Ketahuilah 10 fakta-fakta asas tentang HIV/AIDS

Post by orangaslisabah on Wed Nov 23, 2011 6:59 pm

Kena amalkan gaya hidup lah kan Very Happy
avatar
orangaslisabah

Posts : 34
Points : 86
Join date : 2011-11-02

Back to top Go down

Re: Ketahuilah 10 fakta-fakta asas tentang HIV/AIDS

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum